Keluaran dan sambutan Mencari Konklusi

Mencari Konklusi dikeluarkan pada Julai 2009. Tiga lagu dikeluarkan sebagai single—"Mencari Konklusi", "Kau Harus Ada" dan "Sangkar Besi di Hatiku". Majlis pelancaran album ini diadakan di Hard Rock Cafe pada 9 Oktober 2009. Bagi mempromosikan album ini dalam format digital, Hujan bekerjasama dengan Metadome Sdn Bhd.[4]

Konsert jelajah bagi mempromosikan Mencari Konklusi berlangsung dari 4 Oktober sehingga 31 Oktober di seluruh Malaysia.[5]